𝑷𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑷𝑨𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑼𝑹𝑵𝑰𝑨𝑨𝑵 𝑫𝒀𝑨𝑴 𝑻𝑼𝑵𝑲𝑼 𝑴𝑨𝑯𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua dan Tiga Bulan September 2021 kepada beberapa keluarga di empat buah Mukim iaitu Mukim Senai, Mukim Kulai, Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Senai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.